Welcome to Kotak Hati Page . . Feel free to drop your Comment babe . Be my follower okayh

Wednesday, September 12, 2012

SIAPA MALCOM X??

Nama Islam beliau ialah El-Hajj Malik El-Shabazz, pengasas Muslim Mosque dan Organization of Afro-American Unity(Organisasi Perpaduan Afro-Amerika) dan juga pada suatu ketika menjadi jurucakap pada kumpulan Nation of Islam. Beliau dibunuh pada Februari 1965. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat.


Beliau akhirnya meninggal setelah ditembak didalam satu dewan ketika hendak berucap.
tapi kenapa orang seperti Malcom X selalu ditentang???
kenapa orang yang sering bercakap tentang kebenaran selalu ditentang??
Beliau mula dimusuhi setelah memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam pulang ke reban." (chickens coming home to roost).  keganasan yang Kennedy gagal tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang hebat oleh rakyat Amerika yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi perintah ini. 
sebab tu je??


Setelah keluar dari Nation Islam beliau menubuhkan gerakan lain iaitu Muslim Mosque dan dalam masa yang sama beliau mendekati Islam Orthodox dan mempelajari ajaran islam yang sebenarnya dan tidak lama kemudian beliau menunaikan haji.

 "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".


Setelah pulang dari haji, beliau menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika "Organization of Afro-American Unity".  Disana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

p/s:  You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...