Welcome to Kotak Hati Page . . Feel free to drop your Comment babe . Be my follower okayh

Wednesday, September 12, 2012

SIAPA MALCOM X??

Nama Islam beliau ialah El-Hajj Malik El-Shabazz, pengasas Muslim Mosque dan Organization of Afro-American Unity(Organisasi Perpaduan Afro-Amerika) dan juga pada suatu ketika menjadi jurucakap pada kumpulan Nation of Islam. Beliau dibunuh pada Februari 1965. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat.


Beliau akhirnya meninggal setelah ditembak didalam satu dewan ketika hendak berucap.
tapi kenapa orang seperti Malcom X selalu ditentang???
kenapa orang yang sering bercakap tentang kebenaran selalu ditentang??
Beliau mula dimusuhi setelah memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam pulang ke reban." (chickens coming home to roost).  keganasan yang Kennedy gagal tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang hebat oleh rakyat Amerika yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi perintah ini. 
sebab tu je??


Setelah keluar dari Nation Islam beliau menubuhkan gerakan lain iaitu Muslim Mosque dan dalam masa yang sama beliau mendekati Islam Orthodox dan mempelajari ajaran islam yang sebenarnya dan tidak lama kemudian beliau menunaikan haji.

 "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".


Setelah pulang dari haji, beliau menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika "Organization of Afro-American Unity".  Disana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

p/s:  You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it

HOLIDAY PLANNING!!!

Ni dia... kembali menjaga mereka..
anak2 intan bestari..
cikgu rindu kamu!!!!!

comel kan???

Uqail Hani.. anak kesayangan aku..

kenangan konvokesyen 2010..





Monday, August 27, 2012

waktu kecil waktu yang gemilang

Masa kecil dulu kalau cuti, bangun tido terus cari sarapan dulu.
Makan depan tv layan kartun. Dah pukul 10 kartun habis baru mandi.
Lepas mandi tengok ayah ada atau tak. Kalau tak ada apa lagi.. cabut..

Geng kecil-kecil dulu penuh je aktiviti tah apa-apa..
Panjat pokok jambu, pokok manggis, main parit tangkap ikan,
Segala permainan tradisional, tangkap belalang, masuk hutan,
Mandi kat tangki, panjat tangki jadi markas, main kat rumah hantu,
cari jarum mas kat bukit, Lumba panjat bukit, yang paling seronok main api bakar-bakar.
Cabut ubi ayah, pastu bakar..

Hahaha..

Apa yang tak boleh lupa.. kene bantai dengan ayah..
Arwah ayah saaangat garang.. tegas sebenarnya.. maklumlah polis..
Masa kecil dulu selagi tak azan maghrib, tak balik..
Nampak kelibat ayah dengan muka dia,, waah,, takut,,
Laaarii.. sampai rumah terus masuk bilik air,, takut nak keluar,,
Nasib baik mak ada backup..

Hahaha..



Tu nasib baik.. nasib tak baik pernah sekali.. masa tu tengah hari..
Ayah memang pantang kalau tengah hari kami main kat luar..
Ayah balik keje nak makan tengahari aku dengan kakak takda..
Ayah cari..Kami seronok main parit tengah panas terik tu,,
Berlari la kami balik rumah.. mak suruh terus masuk bilik..
Ayah balik panggil kami keluar bebel-bebel pastu kena tampar..
Sakit,, nangis kami masa tu.. sampai sekarang ingat lagi..
Salah kami.. kesian ayah kena jaga 3 anak dara yang lasak..


Hahaha..
Dulu,,
Sekarang dah tak sama,, budak sekarang nak main benda maju je..
Tapi kan..kalau ada pari-pari, aku nak buat hajat.
Sekali je dah cukup.. aku nak undur balik masa kecil..
Tinggal kejap dunia sekarang yang penat sangat ni..
Tak payah pikir masalah.. main je satu hari..

p/s: Hujan = Muda
dengar tau!!!

HUJAN

Aku suka Band Hujan. Sangat sangat suka.
Kenapa???
Sebab lagu-lagu dorang hidup..
Setiap lagu dorang ade cerintanya sendiri..


Thursday, August 23, 2012

BOB MARLEY


The best!!
aku suka dia!!
tak kesah lah ada tanggapan orang yang cakap dia kaki ganja!!
aku suka dia sebab tu aku suka musik reggae..
kenapa??
bagi aku dia lagenda..
dia punya pemikiran & pemahaman yang tak semua oarng ada..
idea dia untuk memulihkan amalan perkauman & kebencian..
lagu-lagu yang disampaikannya membawa kasih-sayang, perdamaian & kebebasan..
kenapa aku cakap dia lagenda??
sebab kematiannya!!
nak cerita sikit kat semua yang tak tau & yang nak tau..
sebelum kematiannya, dia ade satu pesta keamanan..
sebelum dia sempat pergi, ada seorang datang kerumahnya dengan pistol & tembak dia..
dua hari lepas tu dia datang juga kat pesta tu naik pentas & nyanyi..
ade orang bertanya kepadanya kenapa??
jawapan BOB MARLEY..
orang yang cuba memburukkan dunia ini tidak akan pernah berhenti untuk mencuba!!
tu la semangat yang aku kagum sangat dengan dia!!



ni salah satu band indie kat malaysia yang meneruskan perjuangan BOB MARLEY!!

Friday, August 10, 2012

Alaaa..Kawan-kawan

Kawan makan kawan. Tikam belakang. Musuh dalam selimut.
Gunting dalam lipatan. Harap pagar pagar makan padi.
Talam dua muka.
Jangan macam tu la kawan..

Sayang-sayang. Kasih-kasih. Tolong-menolong.
Perihatin. Ambil berat. Faham-memahami.
Saling menjaga. Ceria selalu. Teman duka dan suka.
Macam tu la kawan...



Apa beza kawan dan teman??
Bagi aku.. “ kawan” aku kelaskan sebagai orang yang aku kenal.
Samada rapat, tak rapat, jarang jumpa atau pernah kenal dulu.
“Teman” pulak orang yang kita kenal dan rapat.
sentiasa ada bersama walau susah dan senang.

Boleh jadi seseorang tu hanya kawan..
atau
hanya teman...
atau
keduanya...
Kita sendiri yang nilai.
Orang kata nak cari 1000 kawan memang senang.
Tapi nak cari 1 teman memang payah.
Kadang-kadang kita buta. Kita tak boleh beza.
Bila lidah dah tergigit baru nak melenting.

Dalam bersahabat, nak kena jaga hati orang.
Kalau dapat kawan yang tak boleh tercuit sikit.
Tak boleh ditegur. Susah. Tak payah kawan la macam tu.
Kita nilai diri kita sendiri dalam bersahabat.
Apa kita disenangi? Disukai?
Atau
Bila kita ada dibenci dan bila kita tiada dirai??

Terima kekurangan kawan tak bermaksud kita jadi hamba mereka.
Teguran, nasihat kena selalu dihulur dan ditadah.
Salah faham atau tak puas hati atau sakit hati.
Luahkan jela.
Berani atau tak berani je sebenarnya..
Bersahabatlah ikut taraf kematangan...

p/s: Bersahabat jangan pilih bulu sangat..
        UNIC = sahabat sejati & sebuah pertemuan


Kekurangan

Memiliki kekurangan tidak semestinya kalah.
Dalam hidup semua seimbang.
Dah adat, ada kurang ada lebih.
Ada hitam ada putih.
Tinggi rendah. Langit bumi.
Isi kuku.Kecil besar.


Kurang dan lebihnya kita, kita tentukan sendiri.
Apa yang kurang boleh jadi penguat.
Apa yang lebih jangan jadi penakjub.
Ada kat luar sana yang kaya harta tapi miskin bahagia.
Ada yang kurus dan cantik tapi menderita sakit.
Ada yang cacat tapi hidup penuh berkat.
Allah sangat adil pada hambanya.
Tinggal kita yang kena celik dengan hikmahnya.
Jangan rasa diri tak berguna atau lemah.
Yang penting jadi diri sendiri.
Yakin kebolehan sendiri dan bersyukur.
Tak ada yang sempurna kecuali Dia..

p/s: cari dan kenal diri sendiri..
        HOORE-HOORE dapat memotivasikan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...